Laman PAKARD
Welcome Guest [Log In] [Register]
Selamat datang ke Laman Pakard. Semoga anda selesa disini sambil menjengok apa yang ada, jika bermanfaat ambillah, jika tidak diperlukan biarkanlah, jika tersinggung perasaan maafkanlah,....


Anda hadir kali ini sebagai tetamu kami, maaflah kerana pergerakan anda agak terbatas dan terhalang, Silalah mendaftar menjadi kerabat kami, kemudiannya bolehah melusuri ruang yang diperuntukkan untuk para kerabat disini, antaranya menghantar pesanan peribadi dan mengundi. Pendaftaran mudah, cepat dan percuma,...silakanlah...


Join our community!


Jika anda adalah sebahagian dari kerabat disini, silah log masuk akaun anda dan jemputlah turut serta dimana-mana ruang di portal ini, kehadiran tuan kami hargai...

Username:   Password:
Add Reply
Salam pengenalan PAKARD; Pengenalan Laman PAKARD
Topic Started: 1 Nov 2012, 04:41 PM (11 Views)
Pakard
Administrator
Assalamualikum,
Perkhidmatan Pengurusan PAKARD adalah sebuah syarikat perundingan perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 28hb. Ogos 2012 dengan nombor pendaftaran PG0306547-U.
Saya, Azhar Bin Tajul Ariffin sebagai pemilik dan perunding utama menjemput sesiapa yang berminat untuk berkongsi pandangan dalam bidang keusahawanan untuk menjadi ahli laman forum ini.
Berusia 47 tahun, berkeluaga dengan 5 orang cahayamata, lulusan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan (UKM) dan juga juruaudit sistem pengurusan kualiti ISO9001 dan ISO/TS16949 yang diiiktiraf oleh IRCA.
Berpengalaman dalam industri pembuatan lebih dari 20 tahun, menjurus kepada kualiti dan pembangunan vendor. Berperanan secara langsung dalam membentuk sistem pengurusan kualiti ketahap persijilan ISO9001 dan ISO/TS16949 untuk beberapa organisasi, salah satu daripadanya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Pernah terlibat dalam membangunkan perniagaan industri pembuatan dan juga perkhidmatan.
Pemerhatian yang dibuat sepanjang tempoh tersebut mendapati industri kecil tempatan ketinggalan dalam bidang pengurusan era baru yang lebih sistematik, objektif dan berkesan. Salah satu punca utama adalah kerana maklumat dan rujukan kepada teknik dan konsep pengurusan baru ini kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Selain dari kekangan bahasa, pemindahan teknologi pengurusan dari industri besar kepada usahawan kecil juga tidak berlaku seperti diharapkan .
Atas kesedaran itu maka tertubuhlah Perkhidmatan Pengurusan PAKARD bagi menyumbang khidmat perundingan perniagaan khas untuk usahawan kecil atau baru yang ingin mengamalkan sistem pengurusan moden ini. Kita akan bersama-sama berbincang, merancang dan mempraktikkan konsep 5S dalam pengendalian tempat kerja, mengamalkan kitaran PDCA, menggunakan 7 alatan kawalan kualiti, menetapkan KPI, dan lain-lain teknik pengurusan sehingga boleh mencapai tahap sistem pengurusan kualiti ISO9001 yang diiktiraf antarabangsa.
Jika anda bersama saya, daftarlah disini dan kita mulakan satu anjakan baru industri kecil tempatan. Sesungguhnya, "ilmu yang diberkati adalah ilmu yang dikongsi"
Salam persahabatan dari saya,
Azhar Tajul Ariffin
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
« Previous Topic · Salam pengenalan · Next Topic »
Add Reply